Monday, 30 September 2013

Murai Batu

Alam:Haiwan
Filum:Khordata
Kelas:Burung
Order:Passeriformes
Keluarga:Muscicapidae
Genus:Copsychus
Spesies:C. malabaricus

Di Malaysia ada tiga jenis murai yang biasa dikenali dengan nama tempatan iaitu Murai Batu,Murai cacing dan Murai Cala/gila. Murai batu adalah berada di tangga teratas bagi family ini kerana memiliki suara yang merdu dan bentuk fizikal(berekor panjang ada kalanya sehingga 10 inci) yang menarik. Harga spesis ini dipasaran adalah agak tinggi.Mudah dikenali dengan warna hitam pada seluruh badan dan pada dada terdapat warna oren gelap. Habitat asal burung ini biasanya di pendalaman hutan. Dalam pemerhatian saya. Burung jantan biasanya mempunyai kawasan tersendiri seluas 1km3. Burung ini biasaya tinggal berpasangan dengan pasangan betina dimana burung betina agak suram warna bulunya.

No comments:

Post a Comment